Pusingan 1 Team BPI lwn BA

Semalam berlangsungnya Kejohanan Badminton Sempena Bulan Kecergasan anjuran KPM bertempat di Dewan Badminton Sek. Men. Presint 9. Team BPI menghantar 2 orang wakiluntuk kategori terbuka iaitu Hasbullah dgn Mardhiah. Aku plak dilantik menjadi manager kepada budak2 ni. So sebagai manager aku perlu memastikan kecergasan budak2 aku berada padatahap maksima. Pusingan pertama mereka bertemu beregu dari Bahagian Akaun(BA)....

Melihat dari keadaan semasa, aku yakin yg budak2 aku bleh lanyak beregu BA. Game pertama menyaksikan team BPI menguasai perlawanan, semua pukulan pancung, kilas, smash gagal dibaca oleh pihak lawan. Alop dgn Mardhiah berjaya mematikan langkah pasukan BA. Bak kata Hasbullah Awang "badminton moden adalah konbinasi speed, power and space"...Ternyata mereka berjaya mewujudkan kombinasi tersebut. Set pertama bpi menang 21-13.

Di set ke-2 plak pasukan BA mula menemui rentak. Namun budak2 aku masih dapat kontrol permainan. Ada satu ketika budak2 aku ketinggalan 20-16..namun dengan ketenangan dan sedikit keajaiban mereka telah berjaya mengejar sehinggan kedudukan 20-20. Dan akhirnya mereka menamatkan perlawanan dengan straight set 21-13, 22-20...Satu permulaan yang baik..Memang tepat jangkaan aku, mereka mudah melepasi pusingan pertama dengan jayanya...BPI layak ke suku akhir bertemu bergu dari Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)..


Sebelum start game, pengadil memeriksa pemain terlebih dahulu utk memastikan tiada membawa sebarang alatan merbahaya seperti parang, cangkul, sabit, parut kelapa dan lain-lain..


Bergu Bahagian Akaun berbincang formula ilmu hisab yang digunakan utk mengalahkan bergu BPI. Mereka cuba menggunakan formula y=mx+c dan juga rumus segitiga 1/2 x tapak x tinggi......Namun usaha mereka gagal...


Alop menunjukkan skill service menggulung jaring...sambil diperhatikan mardhiah

Akak BA tidak puas ati sebab beliau kalah....beliau menyesal sebab selalu ponteng training...

Satu keputusan yang boleh dibanggakan apabila layak ke suku akhir.....Aku sebagai manager berasa bangga dapat budak2 yg bagus.....Ape2 pun teruskan usaha kamu....adios peace("/)

1 comments:

Anonymous said...

cayalah....
pasni leh wakil sekolah pulak......
compom gi final...

Post a Comment