Dah seminggu lebih Ekspidisi ke Pahang berlalu, namun kedinginan air Lata Berembun masih lagi terasa. Projek yang di rancang oleh aku dgn Abang Bahar yang pada mulanya seperti omong kosong namun berkat kesabaran dan ketabahan kami akhirnya trip ni berjaya dilaksanakan.
Kami bertolak pada hari Jumaat. Pada asalnya Abang Bahar cakap dari opis nak bertolak pukul 8 malam. So aku cakap dengan ahli rombongan yang lain kita berkumpul kat opis. Aku antara yang terawal sampai kat opis. Aku nampak kereta Alop tapi orangnya tak kelihatan. Dalam hati "masih awal lagi ni, abang bahar pun x sampai lagi, maybe andeway kot"......Jam kat tangan aku kelihatan pukul 8.15mlm, Myvi kaler hitam berderu laju..."En Zul and the geng dah sampai"...Kemudian muncul pulak Exora yang berkilat dan bersinar....Dalam hati aku tak rasa terkejut pun sebab aku dah tau sape pemilik Exora tersebut...Kelihatan 2 orang anak kecil berlari-lari keluar dari perut Exora sambil ditemani oleh seorang yang memang tersangat-sangat aku kenal....Haron dgn Alop akhirnya muncul dari tempat persembunyian mereka.
Semua dah sampai....Cuma tinggal master mind projek ni dgn Ina je tak sampai lagi..."Manalah abang bahar ni???"....soalan lazim yang biasa ditanya oleh ahli-ahli rombongan. Aku seperti biasa menunggu dengan sabar...Jam kelihatan pukul 8.45mlm..Namun kelibat perut abang bahar yang menjadi trade mark dia pun x sampai lagi...Seperti kata Abang Zubir(Driver lama) "Perut Bahar dah macam busung aku tengok".....cis, tak de insuran betul mulut Abang Zubir ni....Suasana opis yang suram2 ditambah dengan lampu2 jalan yang langsung tak menaikkan mood ahli2 rombongan yang lain. Jam dah masuk pukul 9.00 mlm...Masing-masing mula mengomel, muka pun dah mula mencuka.."Baik saya tengok Nur Kasih",kata Cik Syima kat aku..Aku hanya mampu senyum je...Aku call Abang Bahar, katanya ada kat Petronas Presint 16....Jam pukul 9.20mlm...Akhirnya sampai gak Abang Bahar...20 minit kemudian Ina pun sampai...Settle semuanya...Tepat pukul 10 konvoi 5 buah kereta bertolak ke Pahang dengan perasaan yang bercampur baur.
Pengalaman pertama aku memandu ke pantai timur. Bila memandu tempat yang tak pernah aku lalu, dalam kepala otak aku cuma fikir "janganla sesat"....Tapi benda yang paling aku takut menjelma jugak.....Aku terlepas dengan ahli rombongan yang lain...Ditambah pulak jalan jem..Ahhhh tensyennyeeeee.....Jalan mana aku nak ikut niii....Hati aku mula panas...Minda aku dah tak terkawal lagi..Perasaan aku mula memberontak..Mulut tak henti-henti membebel..Nasib baik ada teman di sebelah menyejukkan aku yang sememangnya panas....Akhirnya dengan berkat kesabaran aku yang tak berapa nak sabar ni, aku berjaya menjejak kesemua ahli rombongan..Aku tarik nafas lega, sahabat kat sebelah hanya mampu senyum sahaja......peace("/)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ammah ko
Perasaan aku mula memberontak..Mulut tak henti-henti membebel..Nasib baik ada teman di sebelah menyejukkan aku yang sememangnya panas....kah kah kahak
ayat jiwang beb....
pasni gi klate la kiter....
elehhh jeles la tu....ckp jela jelesss..ummmmmm(jelir lidah)
ammah sapa......>>>>>
Post a Comment