Berpisah lagi

Sorang lagi staf tempat keje aku berpindah. Lepas sorang, sorang pergi. Aku rasa macam baru je buat jamuan perpisahan untuk CC Azmi dgn Abg Zubir, jari-jemari aku pun tak hilang lagi lenguh2 amik gambar CC dgn Abg Zubir. Hari ni ada plak lagi jamuan perpisahan. Kali ni untuk Jua@Puan Baizura plak. Jua dapat tukar balik ke kampung dia kat Terengganu. Almaklumla dah jadi isteri orang, so tempat isteri adalah disisi suami. Suami kat kampung, takkan dia nak duk sorang2 plak kat putrajaya ni. Klu nak duk sorang2 baik xyah kawin.....

Walaupun luar nampak gumbira tapi di hati Jua aje yang tau betapa sedihnya meninggalkan kawan2

Aku rasa mesti berat hati jua nak meninggalkan BPI, kawan2 kat sini semuanya baik2. Tapi demi masa depan dia dan keluarga dia, Jua terpaksa berkorban meninggalkan kawan2 yang selama ini bersama susah dan senang. Banyak memori indah yang Jua simpan sepanjang berada di BPI. Klu aku jadik Jua pun aku sedih jugak, sbb bukan senang nak dapat kawan2 yang best macam kat BPI. Kawan2 yang memang happening giler.

Midah la orang yang paling sedih sekali. Sampai merah2 mata dia menangis sbb berpisah dengan best friends dia.

Hah ni kira Mat Kacau. Orang yang selalu kacau Jua. Demi Jua, beliau sanggup memandu tanpa ganti untuk ke Terengganu semata-mata datang kenduri kawin Jua. Jeles jugak aku, Abg Baha pun pegi, tapi aku tak pegi..........:-(

Tapi yang bestnya, org yang diraikan akan bawak balik banyak hadiah. Lagi-lagi kalau hari perpisahan dia besamaan dengan hari kawin dia. Pehh berdouble-double hadiah. Selepas aku melihat situasi Jua, aku dah rangka satu taktik, selagi tak kawin, selagi tu tak pindah....wakakakakaka...gurau je jgn marah


Ketikan yang terakhir untuk Jua di BPI. Semoga di tempat baru nanti, Jua akan teruskan kecemerlangan prestasi Jua. Buktikan Jua boleh.......


Persahabatan akan terus terjalin, akan terus tersemat dihati walaupun kita berjauhan tetapi ingatan dan kenangan bersama akan terus bersemadi di sanubari untuk selama-lamanya.......

Perpisahan ini bukan bermakna kita takkan bersua untuk selama-lamanya. Ada rezeki, ada umur yang panjang, Insyaallah kita akan berjumpa lagi. Kami disini sentiasa mendoakan Jua sentiasa bahagia disamping suami dan keluarga yang tercinta. Pertemuan dan perpisahan memang sudah menjadi adat kehidupan. Inilah resepi dan rencah kehidupan. Walaupun berjauhan siapa tahu, hubungan antara Jua dan sahabat2nya akan bertambah erat lagi..........ape2 pun life must go on.....peace("/)

0 comments:

Post a Comment