Na…Na…Na…Na..Na…Ganu Kitooo

Dapat gak aku jejakkan kaki kat Terengganu.. Negeri yang cukup terkenal dengan songket,keropok lekor dan pusat pendaratan penyunya. Pemergian aku ke Terengganu mempunyai signifikannya yang tersendiri..Jejak sahaja kaki aku di Terengganu bermakna aku telah berjaya menjelajahi keseluruh negeri di semenanjung Malaysia. Pada umur aku 24 tahun aku telah berjaya menjelajah di 12 negeri di Malaysia…..Walaupun pada sesetengah org mengatakan “ahh,ape nak diherankan jalan satu Malaysia pun nak eksyen”….tapi pada aku masih ada lagi kawan2 aku yang jangankan Terengganu, Putrajaya dgn Johor pun tak penah jejak……

Bebalik kepada cerita Terengganu…Terengganu adalah sebuah negeri yang indah…Banyak tempat-tempat pelancongan yang boleh dilawati antaranya Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan lain-lain…Selain dari keindahan pusat pelancongan dia, Terengganu juga terkenal dengan makanannya yang amat sinonim dengan negeri pendaratan penyu ini..Makanan seperti keropok lekor dan nasi dagang menjadi santapan wajib bagi sesiapa yang melawat Terengganu…Ada lagi makanan yang popular kat Terengganu yang tidak dapat ditempat lain iaitu ICT…Dulu kali pertama aku dengar dari boss…dia kata dia pi Terengganu makan ICT..Jawapan yang pertama yang kuar dari mulut aku ialah “pebende tu boss”….Bila boss bagitau maksud ICT, aku semakin teruja ingin mencuba keenakan ICT…..ICT atau Ikan Celup Tepung amat popular dikalangan masyarakat Terengganu..Hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong digoreng dengan menggunakan tepung dan apabila sudah digoreng, ia dicicah dengan sos yang sememangnya mengasyikkan….memang sedap bai….

ICT(Ikan Celup Tepung)

Tokey ICT

Masjid Kristal

Masjid Terapung

Tempat dating

Daulat Tuanku


Kalau Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, Kedah dengan Pekan Rabu, tidak ketinggalan juga Terengganu mempunyai pusat shopping yang menarik….Pasar Payang terletak di pusat Bandar Kuala Terengganu menjual pelbagai jenis makanan, pakaian dan cendermata yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Barang2 seperti kain batik dan kain songket adalah barang yang amat banyak dijual disini…Selain itu, makanan seperti keropok lekor juga ada dijual disini…..Bagi sesiapa yang inginkan rasa keropok lekor asli dari Terengganu, singgahlah Pasar Payang..Pasar yang menjanjikan pulangan yang lumayan……

Tempat lepak-lepak

Tempat Skodeng

Sempat jugak aku melawat stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang roboh akibat pergaduhan ultraman dan raksasa…Bila tengok aku mula terfikir “Macam mana kalau time stadium tu roboh ada plak orang???”…..Memang cukup menggerunkan apabila melihat sebahagian struktur bumbung stadium runtuh. Kerajaan negeri Terengganu perlulah melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak berulang lagi…..Secara keseluruhannya,Terengganu memang destinasi yang patut kita kunjungi…Bagi yang baru kawin, honeymoon la kat Terengganu, aku pasti honeymoon korang mesti bermakna……Kunjungilah Malaysia…Cuti-cuti Malaysia……

Robohnya stadium dek kerana amuka dari ultraman dan raksaksa

Tapi sepanjang beberapa hari kat Terengganu, satu pun gambar menarik x berjaya aku tangkap…semuanya huduh belaka…nampaknya skill aku belum cukup bagus lagi….perlukan banyak lagi training..(boss anta aku pi training lagi!!!!!)…..adios…peace(“/)


0 comments:

Post a Comment