Suku Akhir BPI lwn BPPA

Kekecewaan jelas terpancar di riak wajah aku sebagai manager BPI. Ternyata budak2 aku gagal meneruskan momentum kemenangan yang diperolehi pada pusingan pertama tadi. Rentak kemenangan pada pusingan pertama gagal dituruti apabila mereka berada di suku akhir. Set pertama beregu BPI satu ketika ketinggalan 9-0...Kecetekan pengalaman serta kurangnya beraksi dalam perlawanan kompetitif menyebabkan mereka hilang punca serta tidak dapat menyerap tekanan apabila menghadapi situasi genting..Ternyata mereka seperti diayam-ayamkan oleh beregu BPPA yg merupaka ahli wira tangkis putrajaya...Set pertama BPI tewas 21-13..

Berlainan pula di set ke-2...Seperti sudah bangun selepas enak dibuai mimpi indah..Beregu BPI garang seperti singa yang kelaparan..Mereka seperti mendapat rentak perlawanan pertama. Setiap hantaran dan pukulan berjaya mematikan langkah beregu BPPA. Kawalan gelanggang juga baik..Hampir2 mengheret pasukan BPPA ke set penentuan namun kesilapan di saat-saat akhir membawa padah....Alop dgn Mardhiah gagal mengambil kesempatan dan akhirnya mereka tewas 21-19.....Percubaan yang baik...Layak ke suku akhir adalah satu pencapaian yang membanggakan..Yang penting banyakkan latihan dan bersedia utk kejohanan Mesca yang akan berlangsung tidak lama lagi.....adios peace("/)

Pusingan 1 Team BPI lwn BA

Semalam berlangsungnya Kejohanan Badminton Sempena Bulan Kecergasan anjuran KPM bertempat di Dewan Badminton Sek. Men. Presint 9. Team BPI menghantar 2 orang wakiluntuk kategori terbuka iaitu Hasbullah dgn Mardhiah. Aku plak dilantik menjadi manager kepada budak2 ni. So sebagai manager aku perlu memastikan kecergasan budak2 aku berada padatahap maksima. Pusingan pertama mereka bertemu beregu dari Bahagian Akaun(BA)....

Melihat dari keadaan semasa, aku yakin yg budak2 aku bleh lanyak beregu BA. Game pertama menyaksikan team BPI menguasai perlawanan, semua pukulan pancung, kilas, smash gagal dibaca oleh pihak lawan. Alop dgn Mardhiah berjaya mematikan langkah pasukan BA. Bak kata Hasbullah Awang "badminton moden adalah konbinasi speed, power and space"...Ternyata mereka berjaya mewujudkan kombinasi tersebut. Set pertama bpi menang 21-13.

Di set ke-2 plak pasukan BA mula menemui rentak. Namun budak2 aku masih dapat kontrol permainan. Ada satu ketika budak2 aku ketinggalan 20-16..namun dengan ketenangan dan sedikit keajaiban mereka telah berjaya mengejar sehinggan kedudukan 20-20. Dan akhirnya mereka menamatkan perlawanan dengan straight set 21-13, 22-20...Satu permulaan yang baik..Memang tepat jangkaan aku, mereka mudah melepasi pusingan pertama dengan jayanya...BPI layak ke suku akhir bertemu bergu dari Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)..


Sebelum start game, pengadil memeriksa pemain terlebih dahulu utk memastikan tiada membawa sebarang alatan merbahaya seperti parang, cangkul, sabit, parut kelapa dan lain-lain..


Bergu Bahagian Akaun berbincang formula ilmu hisab yang digunakan utk mengalahkan bergu BPI. Mereka cuba menggunakan formula y=mx+c dan juga rumus segitiga 1/2 x tapak x tinggi......Namun usaha mereka gagal...


Alop menunjukkan skill service menggulung jaring...sambil diperhatikan mardhiah

Akak BA tidak puas ati sebab beliau kalah....beliau menyesal sebab selalu ponteng training...

Satu keputusan yang boleh dibanggakan apabila layak ke suku akhir.....Aku sebagai manager berasa bangga dapat budak2 yg bagus.....Ape2 pun teruskan usaha kamu....adios peace("/)

Na…Na…Na…Na..Na…Ganu Kitooo

Dapat gak aku jejakkan kaki kat Terengganu.. Negeri yang cukup terkenal dengan songket,keropok lekor dan pusat pendaratan penyunya. Pemergian aku ke Terengganu mempunyai signifikannya yang tersendiri..Jejak sahaja kaki aku di Terengganu bermakna aku telah berjaya menjelajahi keseluruh negeri di semenanjung Malaysia. Pada umur aku 24 tahun aku telah berjaya menjelajah di 12 negeri di Malaysia…..Walaupun pada sesetengah org mengatakan “ahh,ape nak diherankan jalan satu Malaysia pun nak eksyen”….tapi pada aku masih ada lagi kawan2 aku yang jangankan Terengganu, Putrajaya dgn Johor pun tak penah jejak……

Bebalik kepada cerita Terengganu…Terengganu adalah sebuah negeri yang indah…Banyak tempat-tempat pelancongan yang boleh dilawati antaranya Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan lain-lain…Selain dari keindahan pusat pelancongan dia, Terengganu juga terkenal dengan makanannya yang amat sinonim dengan negeri pendaratan penyu ini..Makanan seperti keropok lekor dan nasi dagang menjadi santapan wajib bagi sesiapa yang melawat Terengganu…Ada lagi makanan yang popular kat Terengganu yang tidak dapat ditempat lain iaitu ICT…Dulu kali pertama aku dengar dari boss…dia kata dia pi Terengganu makan ICT..Jawapan yang pertama yang kuar dari mulut aku ialah “pebende tu boss”….Bila boss bagitau maksud ICT, aku semakin teruja ingin mencuba keenakan ICT…..ICT atau Ikan Celup Tepung amat popular dikalangan masyarakat Terengganu..Hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong digoreng dengan menggunakan tepung dan apabila sudah digoreng, ia dicicah dengan sos yang sememangnya mengasyikkan….memang sedap bai….

ICT(Ikan Celup Tepung)

Tokey ICT

Masjid Kristal

Masjid Terapung

Tempat dating

Daulat Tuanku


Kalau Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, Kedah dengan Pekan Rabu, tidak ketinggalan juga Terengganu mempunyai pusat shopping yang menarik….Pasar Payang terletak di pusat Bandar Kuala Terengganu menjual pelbagai jenis makanan, pakaian dan cendermata yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Barang2 seperti kain batik dan kain songket adalah barang yang amat banyak dijual disini…Selain itu, makanan seperti keropok lekor juga ada dijual disini…..Bagi sesiapa yang inginkan rasa keropok lekor asli dari Terengganu, singgahlah Pasar Payang..Pasar yang menjanjikan pulangan yang lumayan……

Tempat lepak-lepak

Tempat Skodeng

Sempat jugak aku melawat stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang roboh akibat pergaduhan ultraman dan raksasa…Bila tengok aku mula terfikir “Macam mana kalau time stadium tu roboh ada plak orang???”…..Memang cukup menggerunkan apabila melihat sebahagian struktur bumbung stadium runtuh. Kerajaan negeri Terengganu perlulah melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak berulang lagi…..Secara keseluruhannya,Terengganu memang destinasi yang patut kita kunjungi…Bagi yang baru kawin, honeymoon la kat Terengganu, aku pasti honeymoon korang mesti bermakna……Kunjungilah Malaysia…Cuti-cuti Malaysia……

Robohnya stadium dek kerana amuka dari ultraman dan raksaksa

Tapi sepanjang beberapa hari kat Terengganu, satu pun gambar menarik x berjaya aku tangkap…semuanya huduh belaka…nampaknya skill aku belum cukup bagus lagi….perlukan banyak lagi training..(boss anta aku pi training lagi!!!!!)…..adios…peace(“/)


Superheroku

Masa hari keluarga aritu bila tengok family orang lain, teringat plak family aku kat kampung....Orang selalu pertikaikan yang jb tu bukan kampung.....Definisi kampung bagi aku adalah tempat dimana kita dilahirkan dan dibesarkan..So aku x pedulik apa org nak kata...yang penting jb tu kampung aku......kampung aku yang best......


Bila tengok gambar hari keluarga teringat plak zaman masa kecik2 dulu...Seperti mak dgn ayah orang lain yang mahukan anaknya juara macam tu jugak la mak dgn abah aku. Mak dgn abah akan bagi support bila aku atau adik2 aku masuk bertanding....Klu masuk acara macam sukaneka atau lumba lari atau sewaktu dengannya....mak akan bertepuk tangan sambil sebut nama kitaorg...Sokongan mak memang tak berbelah bagi...Macam tu jugak dgn abah, dia akan perhatikan dari jauh anak dia bertanding..Walaupun tak seghairah mak namun jauh disudut hati dia nakkan anak dia berjaya.....Mak dgn abah memang seorang penyokong yang setia....

Masa kecik2 dulu, mak cukup marah kalau anaknya teruk dlm pelajaran. Ingat dulu masa baru masuk sekolah agama, peperiksaan setengah tahun aku gagal dalam pekse....Masa tu mak punya gegaran sehingga mencecah 10 scala rectar....Klu bumi tu dah bleh berlaku tsunami....Aku kena kuarantin tak bleh kuar umah seminggu....Ha3....Ingat lagi masa tu aku tak pandai baca jawi....Mak punya hot seminggu dia ajar aku baca jawi....Bila pekse last semester aku berjaya lulus dan naik darjah 2 dan sampaila aku sekolah khas dapat pangkat 1...Semuanya berkat mak....Mak memang seorang cikgu yang hebat...Abah plak, untuk belajar, dia belikan je ape yang kitaorg nak..Nak buku dia beli buku, nak pensil dia beli pensil, nak komputer dia beli komputer..Abah cari sampai dapat, tak de kedai ni, dia pi cari kedai lain...Jauh mana pun dia sanggup pi....Sumanya untuk anak-anak dia blajar dgn suasana yang cukup sempurna....Ingat dulu, krisis ekonomi keluarga yang meruncing....Time tu plak aku dapat sambung blaja kat sek teknik...Abah pening nak cari duit untuk sekolah aku dgn adik2. Tapi abah dgn mak tak penah citer walaupun derang x de duit.....Dia nak kitaorg suma belajar je..Pasal duit diaorg bleh carik...Di mana pun kami adik bradik sambung blaja, semua abah antar kitaorg....Sejauh mana pun abah sanggup antar...Tak pernah kitaorg pergi sendiri...Suma abah antar...Aku dpt keje kat Putrajaya pun abah antar ke Putrajaya...Sampai macam tu skali pengorbanan abah....

Masa darjah 1 dulu aku dapat no 3 dlm kelas...Mak punyalah suka sebab anak dia yang pertama dapat naik pentas amik sijil..Masa balik mak pegang sijil tu....Balik umah mak tengok lagi sijil tu....mak mana yang tak gumbira anak dia berjaya. Ingat lagi masa darjah 5, aku dpt no2 dlm kelas pastu dpt bonus tambahan dapat anugerah pelajar terbaik subjek kemahiran hidup....Masa tu, ibu bapa yang anaknya dapat anugerah subjek terbaik akan amik sijil bersama anak...Mak kata dia segan nak naik pentas, tapi aku tau sebenarnya dia bangga dapat naik ke atas.......adios peace...("/)

Mak kata dulu cita-cita dia nak masuk universiti tapi tak dapat..So bila aku konvo aku sarungkan jubah aku kat mak...biar dia merasa pakai jubah konvo

superhero terhebat

Keluargaku Sayang

Tahun ni je ada 2 hari keluarga yang aku sertai. Kali pertama masa badan kebajiakan bpi anjurkan kat taman Wetland, Putrajaya. Time tu disertai oleh suma warga bpi. 2nd time plak, sabtu lepas...Kali ni anjuran Sektor Operasi Pendidikan KPM di bawah Dato Norezan Bapoo Hashim...Kali ni disertai 7 bahagian termasuk bahagian aku BPI...Buat kat Sek Rendah Presint 9(2)....

BPI JUARA GERAI TERBAIK...

Aku dah agak dah, sejak aku beli labu sayung lagi(hadiah gerai terbaik), firasat aku kuat mengatakan yang labu sayung tu milik bpi..Memang firasat aku tepat belaka...Bagi aku suatu kepuasan yang paling maksima yang aku dapat....Tak sia2 bersengkang mata bergotong-royong menyiapkan gerai sehingga pukul 2 pagi....Malam sebelum sambutan hari keluarga, aku sempat beseloroh dengan cik syima, aku cakap "cik syima, sy pastikan labu sayung tu milik kita"...ha3 masin mulut aku....memang tak sia2 la kudrat kawan2 aku yang bersungguh-sungguh untuk jadikan gerai buah-buahan kami adalah yang terbaik....superb memang superb......

Saat2 nama diumumkan sebagai pemenang gerai terbaik...Masing2 bergumbira tepuk tangan sama2 meraikan kejayaan yang cemerlang,gemilang,terbilang......Menurut sumber yang bleh dipercayai, guru besar sekolah bersedia menawarkan 85 juta pound sterling untuk membeli pangkin yang digunakan untuk meletak buah...Jumlah tersebut mengatasi perpindahan Christiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid.......

Inilah pangkin yang bernilai jutaan ringgit.....

Engineer gerai bpi...aset paling berharga bpi....Bukan untuk dijual

Bertemakan Buah-Buahan Tropika datang terus dari ladang....Kami menjual pelbagai jenis buah-buahan yang segar-bugar dan sihat-walafiat....Selain itu, kami jugak jual makanan seperti kopok lekor, dadih, kentang goreng dgn air..Laku beb...Buah-buah suma sold out....Belum pukul 11, tinggal tangkai,daun dgn ranting buah je.......Yang lain suma dah dijual....Ada jugak pelanggan yang ingin membeli tokey buah skali..Tapi tokei kami bukan untuk dijual buat masa sekarang.....Disebabkan sambutan hangat, kami bercadang untuk memasarkan buah-buahan ni sampai brazil dan zimbabwe....Tokey kami pun akan dihantar berkursus di Uganda Barat dalam ilmu penjualan buah-buahan......

Tokei buah paling bernilai.....Ada jugak orang nak beli dia....kami jual buah kami tak jual tokey buah...

Dato Noreezan dan konco-konconya melawat tapak gerai yang terhebat

MENGERATKAN IKATAN KEKELUARGAAN.......

Klu hari keluarga, acara2 yang biasa dijalankan adalah sukaneka. Standard la bai, mana2 pun hari keluarga acara mcm bawak bola, baling bola, ikat kaki, baling belon...benda2 yg biasa sangat kita main...dari sekolah tadika lagi dah didedahkan dgn permainan mcm tu...Tapi ape yang menariknya, ada segelintir acara tu disertai oleh ahli keluarga..mcm suami dgn isteri, mak dgn anak, ayah dgn anak, abang dgn adik...secara tak langsung kombinasi yang lama terbina sejak dari rumah dapat diterjemahkan apabila masing2 berada diatas padang....Kita dapat lihat betapa eratnya perhubungan dan kemesraan kekeluargaan itu terjalin......(Aisey teringat plak mak dgn abah kat jb).....

Ape yang paling terkilan bila aku tak dapat join senam seni....Frust jgk sbb sblum ni aku paling beria-ia nak joint, last2 tak jadik atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...Tapi aku puas ati sebab dapat snap beberapa gambar yang agak lucu jugak masa aktiviti senam seni dijalankan....Macam2 skill kuar....silat,silambam,wushu,kungfu,zapin,makyong,tarian singa suma kuar.....Walaupun team aku kalah tapi yang penting suma hepi....

hah ni jurus yang diajar oleh Pendekar Kapubaten dari Gunung Seri Wijaya

Acara baling belon air...Kelihatan Kak Izan menggunakan pengaruh sebagai mak untuk menyuruh anaknya tangkap belon tu baik2.....

Kanak2 la orang paling hepi skali....Dpt banyak hadiah...dapat gula2,dapat pensel warna....Aku tengok mak ayah diaorg yang beria-ia suruh tu suruh ni.....Anak dia ikut je...Dari kecik lagi mak dgn ayah nakkan yang terbaik untuk anak-anak dia....So diaorg nak anak-anak mereka menjadi sehebat juara.....minumlah milo(van milo belum pukul 10 dah belah, aku dpt minum secawan jerk,tu pun org kasik....x guna)

HARAP ADA LAGI TAHUN DEPAN......

Aku harap sambutan ni takkan abis sampai disini je....Jadikan dia acara tahunan, sebab kerana hari keluarga kita dapat berkumpul ramai2, bersatu tenaga menjayakan sambutan yang hebat ni....Ucapan tahniah aku tujukan kat semua yang sama-sama terlibat....Thumbs up!!!!!!.....adios peace("/)

Jumpa lagi di edisi hari keluarga yang akan datang.......

Persis juara.......