Ketensionan Yg Maha Kuat
Koleksi Terbaru
Suku Akhir BPI lwn BPPA
Pusingan 1 Team BPI lwn BA
Na…Na…Na…Na..Na…Ganu Kitooo
Bebalik kepada cerita Terengganu…Terengganu adalah sebuah negeri yang indah…Banyak tempat-tempat pelancongan yang boleh dilawati antaranya Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan lain-lain…Selain dari keindahan pusat pelancongan dia, Terengganu juga terkenal dengan makanannya yang amat sinonim dengan negeri pendaratan penyu ini..Makanan seperti keropok lekor dan nasi dagang menjadi santapan wajib bagi sesiapa yang melawat Terengganu…Ada lagi makanan yang popular kat Terengganu yang tidak dapat ditempat lain iaitu ICT…Dulu kali pertama aku dengar dari boss…dia kata dia pi Terengganu makan ICT..Jawapan yang pertama yang kuar dari mulut aku ialah “pebende tu boss”….Bila boss bagitau maksud ICT, aku semakin teruja ingin mencuba keenakan ICT…..ICT atau Ikan Celup Tepung amat popular dikalangan masyarakat Terengganu..Hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong digoreng dengan menggunakan tepung dan apabila sudah digoreng, ia dicicah dengan sos yang sememangnya mengasyikkan….memang sedap bai….
ICT(Ikan Celup Tepung)
Tokey ICT
Kalau Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, Kedah dengan Pekan Rabu, tidak ketinggalan juga Terengganu mempunyai pusat shopping yang menarik….Pasar Payang terletak di pusat Bandar Kuala Terengganu menjual pelbagai jenis makanan, pakaian dan cendermata yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Barang2 seperti kain batik dan kain songket adalah barang yang amat banyak dijual disini…Selain itu, makanan seperti keropok lekor juga ada dijual disini…..Bagi sesiapa yang inginkan rasa keropok lekor asli dari Terengganu, singgahlah Pasar Payang..Pasar yang menjanjikan pulangan yang lumayan……
Tempat lepak-lepak
Tempat Skodeng
Sempat jugak aku melawat stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang roboh akibat pergaduhan ultraman dan raksasa…Bila tengok aku mula terfikir “Macam mana kalau time stadium tu roboh ada plak orang???”…..Memang cukup menggerunkan apabila melihat sebahagian struktur bumbung stadium runtuh. Kerajaan negeri Terengganu perlulah melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak berulang lagi…..Secara keseluruhannya,Terengganu memang destinasi yang patut kita kunjungi…Bagi yang baru kawin, honeymoon la kat Terengganu, aku pasti honeymoon korang mesti bermakna……Kunjungilah Malaysia…Cuti-cuti Malaysia……
Robohnya stadium dek kerana amuka dari ultraman dan raksaksa
Tapi sepanjang beberapa hari kat Terengganu, satu pun gambar menarik x berjaya aku tangkap…semuanya huduh belaka…nampaknya skill aku belum cukup bagus lagi….perlukan banyak lagi training..(boss anta aku pi training lagi!!!!!)…..adios…peace(“/)
Superheroku
Bila tengok gambar hari keluarga teringat plak zaman masa kecik2 dulu...Seperti mak dgn ayah orang lain yang mahukan anaknya juara macam tu jugak la mak dgn abah aku. Mak dgn abah akan bagi support bila aku atau adik2 aku masuk bertanding....Klu masuk acara macam sukaneka atau lumba lari atau sewaktu dengannya....mak akan bertepuk tangan sambil sebut nama kitaorg...Sokongan mak memang tak berbelah bagi...Macam tu jugak dgn abah, dia akan perhatikan dari jauh anak dia bertanding..Walaupun tak seghairah mak namun jauh disudut hati dia nakkan anak dia berjaya.....Mak dgn abah memang seorang penyokong yang setia....
Masa kecik2 dulu, mak cukup marah kalau anaknya teruk dlm pelajaran. Ingat dulu masa baru masuk sekolah agama, peperiksaan setengah tahun aku gagal dalam pekse....Masa tu mak punya gegaran sehingga mencecah 10 scala rectar....Klu bumi tu dah bleh berlaku tsunami....Aku kena kuarantin tak bleh kuar umah seminggu....Ha3....Ingat lagi masa tu aku tak pandai baca jawi....Mak punya hot seminggu dia ajar aku baca jawi....Bila pekse last semester aku berjaya lulus dan naik darjah 2 dan sampaila aku sekolah khas dapat pangkat 1...Semuanya berkat mak....Mak memang seorang cikgu yang hebat...Abah plak, untuk belajar, dia belikan je ape yang kitaorg nak..Nak buku dia beli buku, nak pensil dia beli pensil, nak komputer dia beli komputer..Abah cari sampai dapat, tak de kedai ni, dia pi cari kedai lain...Jauh mana pun dia sanggup pi....Sumanya untuk anak-anak dia blajar dgn suasana yang cukup sempurna....Ingat dulu, krisis ekonomi keluarga yang meruncing....Time tu plak aku dapat sambung blaja kat sek teknik...Abah pening nak cari duit untuk sekolah aku dgn adik2. Tapi abah dgn mak tak penah citer walaupun derang x de duit.....Dia nak kitaorg suma belajar je..Pasal duit diaorg bleh carik...Di mana pun kami adik bradik sambung blaja, semua abah antar kitaorg....Sejauh mana pun abah sanggup antar...Tak pernah kitaorg pergi sendiri...Suma abah antar...Aku dpt keje kat Putrajaya pun abah antar ke Putrajaya...Sampai macam tu skali pengorbanan abah....
Masa darjah 1 dulu aku dapat no 3 dlm kelas...Mak punyalah suka sebab anak dia yang pertama dapat naik pentas amik sijil..Masa balik mak pegang sijil tu....Balik umah mak tengok lagi sijil tu....mak mana yang tak gumbira anak dia berjaya. Ingat lagi masa darjah 5, aku dpt no2 dlm kelas pastu dpt bonus tambahan dapat anugerah pelajar terbaik subjek kemahiran hidup....Masa tu, ibu bapa yang anaknya dapat anugerah subjek terbaik akan amik sijil bersama anak...Mak kata dia segan nak naik pentas, tapi aku tau sebenarnya dia bangga dapat naik ke atas.......adios peace...("/)
Keluargaku Sayang
BPI JUARA GERAI TERBAIK...
Aku dah agak dah, sejak aku beli labu sayung lagi(hadiah gerai terbaik), firasat aku kuat mengatakan yang labu sayung tu milik bpi..Memang firasat aku tepat belaka...Bagi aku suatu kepuasan yang paling maksima yang aku dapat....Tak sia2 bersengkang mata bergotong-royong menyiapkan gerai sehingga pukul 2 pagi....Malam sebelum sambutan hari keluarga, aku sempat beseloroh dengan cik syima, aku cakap "cik syima, sy pastikan labu sayung tu milik kita"...ha3 masin mulut aku....memang tak sia2 la kudrat kawan2 aku yang bersungguh-sungguh untuk jadikan gerai buah-buahan kami adalah yang terbaik....superb memang superb......
Saat2 nama diumumkan sebagai pemenang gerai terbaik...Masing2 bergumbira tepuk tangan sama2 meraikan kejayaan yang cemerlang,gemilang,terbilang......Menurut sumber yang bleh dipercayai, guru besar sekolah bersedia menawarkan 85 juta pound sterling untuk membeli pangkin yang digunakan untuk meletak buah...Jumlah tersebut mengatasi perpindahan Christiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid.......
Engineer gerai bpi...aset paling berharga bpi....Bukan untuk dijual
Bertemakan Buah-Buahan Tropika datang terus dari ladang....Kami menjual pelbagai jenis buah-buahan yang segar-bugar dan sihat-walafiat....Selain itu, kami jugak jual makanan seperti kopok lekor, dadih, kentang goreng dgn air..Laku beb...Buah-buah suma sold out....Belum pukul 11, tinggal tangkai,daun dgn ranting buah je.......Yang lain suma dah dijual....Ada jugak pelanggan yang ingin membeli tokey buah skali..Tapi tokei kami bukan untuk dijual buat masa sekarang.....Disebabkan sambutan hangat, kami bercadang untuk memasarkan buah-buahan ni sampai brazil dan zimbabwe....Tokey kami pun akan dihantar berkursus di Uganda Barat dalam ilmu penjualan buah-buahan......
Dato Noreezan dan konco-konconya melawat tapak gerai yang terhebat
Klu hari keluarga, acara2 yang biasa dijalankan adalah sukaneka. Standard la bai, mana2 pun hari keluarga acara mcm bawak bola, baling bola, ikat kaki, baling belon...benda2 yg biasa sangat kita main...dari sekolah tadika lagi dah didedahkan dgn permainan mcm tu...Tapi ape yang menariknya, ada segelintir acara tu disertai oleh ahli keluarga..mcm suami dgn isteri, mak dgn anak, ayah dgn anak, abang dgn adik...secara tak langsung kombinasi yang lama terbina sejak dari rumah dapat diterjemahkan apabila masing2 berada diatas padang....Kita dapat lihat betapa eratnya perhubungan dan kemesraan kekeluargaan itu terjalin......(Aisey teringat plak mak dgn abah kat jb).....
Ape yang paling terkilan bila aku tak dapat join senam seni....Frust jgk sbb sblum ni aku paling beria-ia nak joint, last2 tak jadik atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...Tapi aku puas ati sebab dapat snap beberapa gambar yang agak lucu jugak masa aktiviti senam seni dijalankan....Macam2 skill kuar....silat,silambam,wushu,kungfu,zapin,makyong,tarian singa suma kuar.....Walaupun team aku kalah tapi yang penting suma hepi....
Acara baling belon air...Kelihatan Kak Izan menggunakan pengaruh sebagai mak untuk menyuruh anaknya tangkap belon tu baik2.....
Kanak2 la orang paling hepi skali....Dpt banyak hadiah...dapat gula2,dapat pensel warna....Aku tengok mak ayah diaorg yang beria-ia suruh tu suruh ni.....Anak dia ikut je...Dari kecik lagi mak dgn ayah nakkan yang terbaik untuk anak-anak dia....So diaorg nak anak-anak mereka menjadi sehebat juara.....minumlah milo(van milo belum pukul 10 dah belah, aku dpt minum secawan jerk,tu pun org kasik....x guna)
Aku harap sambutan ni takkan abis sampai disini je....Jadikan dia acara tahunan, sebab kerana hari keluarga kita dapat berkumpul ramai2, bersatu tenaga menjayakan sambutan yang hebat ni....Ucapan tahniah aku tujukan kat semua yang sama-sama terlibat....Thumbs up!!!!!!.....adios peace("/)