Pertama kali menjejakkan kaki,
Terasa diri bagaikan bermimpi,
Keterujaan membongkar misteri mahsuri,
Semangat sang helang menyusupi diri...............
Ceh teror gak aku karang pantun. Mungkin banyak belajar dari pegawai kat opis aku iaitu Ustaz Saudi. Ok, berbalik pada cerita aku yang sebenarnya....First time siot aku sampai Pulau Langkawi. Bleh kata keterujaan tu ada pada tahap maksima. Keterujaan aku bermula bila pertama kali aku merasa menjadi penumpang dalam perut boeing 737. Pehh tapi aku tak la harok sangat. Macho tetap kontrol dek kerana lirikan senyuman dan kemesraan pramugari2 yang manis2 belaka. Dengan daya pecutan dan halaju maksima pesawat tersebut berjaya menerbangkan dirinya membuatkan aku terasa bagai di awang-awangan. Terbang bebas bagai burung helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.
first time jejak kaki kat airport...
sedikit cuak kalau2 terlepas flight seperti pengalaman yg dialami seorang teman
sedikit cuak kalau2 terlepas flight seperti pengalaman yg dialami seorang teman
Apa yang special sangat Langkawi ni??entah la...makan pun mahal(sama mcm putrajaya)..maybe banyak tempat yang boleh dilawat kot...memang pada aku banyak tempat yang bleh kita lawat...Tapi org cakap kat sini benda2 mcm coklat, rokok dgn arak murah. Aku ni bukannya penggemar coklat, aku bukannya penghisap rokok dan aku bukannya seorang kaki botol. So x de ape2 keistimewaan yang aku dapat bila shopping kat sini. Tapi aku belila jugak la sebungkus 2 coklat dibuat ole2 utk kawan2 kat putrajaya. Nanti ape plak org kata, dtg jauh2 tapi apa pun tarak. Buang karan je.
Banyak tempat menarik yang sempat aku lawat. Dah sampai Langkawi rasa rugila plak klu x singgah tempat-tempat yang best ni. Berbekalkan dengan sebuah kamera D90 serta peta yang aku dapat kat airport sambil ditemani bos dan seorang rakan, aku teruskan misi menjelajah pulau yang menyimpan seribu satu misteri. Adakah misteri tentang kebenaran mahsuri??adakah misteri nusantara??entahlah, malas nak pikir.......

kedai-kedai yang menghiasi persekitaran Langkawi Cable Car
landskap yang diterapkan di Langkawi Cable Car amat menarik
landskap yang diterapkan di Langkawi Cable Car amat menarik
Aku tak tau nama tempat ni. Tapi aku panggil marina sebab kat sebelah dia penuh kapal2 layar yang parking kat situ.
ni la marina yang aku cakap tu tp dlm peta dia tulis Star Cruises Terminal (Porto Malai)
Keindahan Pantai Cenang yang melambai-lambai aku untuk datang lagi
Bagi yang jiwa kacau, Pantai Cenang adalah ubatnya
Bila keterujaan melampaui batas kemanusiaan......

Jari-jemari aku tak berhenti-henti menekan butang snap yang terdapat pada D90...Sebab dengan gambar aku boleh jadikan bukti yang aku pernah sampai kat Langkawi..Ape2 pun aku puas hati dapat tengok tempat-tempat menarik kat Langkawi ni. Klu ada rezeki mungkin aku datang lagi, time tu aku honey moon kat sini sape tau kan...ha3.....peace("/)
Bila keterujaan melampaui batas kemanusiaan......